Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

updating life

Tuesday, July 27, 2010

good morning everybody~rasa macam dah lama pulak tak blogging kan.belajar,facebook,twitter,sampai lupa kat blog kesayangan ni.huhu.anyhow,semalam browsing2 kat facebook,baru terperasan malam tadi nisfu syaaban rupa2nya,tengok betapa lekanya dengan dunia sampai terlupa yang kekalnya nanti di sana.bak kata kebanyakan orang,dunia ni persinggahan semata.tapi kenapa dunia jugak yang manusia kejar?kenapa dunia jugak masyarakat pandang.perbuatan kita tak pernah dinilai dari sudut agama.ada jugak segelintir kelompok yang menilai dari sudut agama semata.bukan niat saya nak condemn mereka,astaghfirullah,jauh tersimpang dari apa yang cuba saya sampaikan.harap jangan salah faham.apa yang cuba saya luahkan di sini ialah kelompok yang terlalu taksub dengan agama sehingga lupa yang dunia-Akhirat harusnya seimbang.biar tenang jiwa,aman akal,subur hati,sihat tubuh badan.

bukan nak membuka pekung di dada atau mendabik diri dengan ilmu agama yang hanya secangkir ni,tapi pengalaman hidup memang membuktikan wujud manusia macam ni..
contoh:

Mr X sedang duduk2 di patio rumah mentuanya bersama anak saudara isterinya. (read:he lives there,at his mother-in-law's place) sambil berborak2,timbul topik si anak saudara tak berduit kerana masih belum mendapat kerja tetap.(oh,si anak saudara itu merupakan bekas pelajar sebuah sekolah menengah arab di semenanjung tanah air)

Mr X : alaa..relax la Malik (bukan nama sebenar)..tahu tak duit ni tak penting pun dalam hidup..
Malik: ish..tadelah tak penting langsung..ada kepentingan jugak duit tu.kalau tade duit macam mane nak makan?
Mr X : Uncle X cakap betul..uncle X belajar dalam kitab ada cakap yang duit tak penting..(tipu betul,kitab mana ada mulut nak cakap.hehe)

(oh,Mr X merupakan ahli sekumpulan aktivis Islam yang terkenal di Malaysia.ooppss..absolutely bukan al-arqam.itu ayahanda saya yang ikut dulu.hangat2 tahi ayam je.hehe.Mr X tidak bekerja dan menuntut ilmu agamanya di Bandung.which part of Bandung.i don't know.)

Malik : eh mana ada. Nabi Muhammad SAW pun ada cakap, bekerjalah kamu seperti hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah kamu seperti kamu mati esok hari.

dan perdebatan terus berlaku sehingga akhirnya tiada kata putus yang dicapai.masih dengan pendirian masing2.lalu, Mr X pun meninggalkan Malik mencari isterinya Mrs X di dapur.

Mr X : you..i nak balik Bandung la..diorang dah panggil balik ni.
Mrs X : ok baliklah..
Mr X : .....
Mrs X : so you diri sebelah i nak apa lagi ni?
Mr X : i nak duit..apa lagi..(dengan muka paling innocent sekali)

TOINKKKKK!!!!(anum pinjam toink jap)

pulak dah~~~tadi punya hebat hujah dia berdebat dengan anak buah dia nak menegakkan pegangan dia.kitab dia.tiba2 sekarang mintak duit.kat isteri pulak tu..hebat.hebat ajaran ustaz dari bandung tu.can't he see the contradiction?Mr X ni pada pendapat saya,telah dikaburi matanya dengan serban dan jubah putih tok gurunya.dengan ayat2 suci yang dilagukan oleh kelompoknya.seharusnya dia periksa kesahihan ilmu yang mahu dipelajari.bukan sekadar,"oh kelompok ini di Bandung,kota islam.harus yang betul..itu ini segala.." apa dah habis ke ustaz dan alim ulama kat Malaysia sampai nak membuang duit isteri nak datang ke Bandung.duit habis beli tiket flight ulang-alik.anak2 nak makan apa nanti?

sekarang ni,tak payah sampai ke bandung,sekarang kan dunia tanpa batas.click je kat mouse tu..berduyun-duyun keluar.tapi perlu ditapis.bukan diterima semua bulat2.tak pun buatla conference dekat ym ke skype  ke..haa..kan boleh..mungkin dah betul saat terdetik hati Mr X nak berubah menjadi muslim sejati.Alhamdulillah, tapi didikan dari pihak yang salah boleh membawa ke arah kesesatan,bukan Firdausi yang menjadi imbalan nanti, takut Jahannam yang membakar diri.



cerita ni buat renungan kita bersama.yang elok jadikan teladan,yang tak elok,jadikan sempadan.manusia insan lemah,khilaf itu memang sering berlaku.tapi sama2 lah ambil iktibar dari perkara yang dah berlalu.seperti George Santayana berkata dalam tulisannya Reason in Common sense,The Life of Reason,
Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.


terbaca di satu artikel (sila betulkan andai tersilap) bahawa Allah akan mengangkat ke langit amalan kita di malam nisfu syaaban,mengampunkan dosa bagi hambaNya yang memohon keampunan,mengabulkan doa hambaNya yang berdoa.


jadi..belek2 diari,kenang2 memori,sejauh mana kita dah jalan,setinggi mana timbunan amalan kita,seberat mana dosa yang tergalas.ingat semula buku amalan kita tu sempat di'update' tak?atau tak pernah update langsung?wallahualam.let us reminisce how deep we have embraced the beauty of Islam.let us be muslim because we CHOOSE to be,and not to be a muslim by CHANCE.






p/s : update life so that we can upgrade it! =) 



0 pssstt:

 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket