Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

to do vs done

Monday, May 31, 2010




p/s: i'm fighting and yet i'm drowning..oh please help me,Allah The Most Gracious and Merciful..

simple thought

Saturday, May 29, 2010




p/s: a plain appreciation for a thoughtful friend is enough. =)

hatinya tak tahan..

awww..tak tahan hati mak nak menaip nyah..haha!kepada mereka yang menari untuk lagu hatinya tak tahan pada ktt's graduation night dulu janganlah tersalah faham pulak ye..tiada kaitan antara kita pun entry ni.huhu..actually jari aku ni memang dah sangap sangat nak menaip ni..sebelum aku mengamuk hempas laptop vaio ni,baik aku taip cepat2 kan?hehe..cacat la aku ni.itulah..blog ni boleh buat addicted tau..sebab orang kata kan..orang la yang kata bukan aku yang kata.tapi aku pun orang jugak..haa senang cerita orang lain yang kata..bukan aku..aku tukang setuju je..baiklah..berbalik pada apa yang orang lain cuba nak cakap tu..orang lain cakap bahawasanya blog ni ibarat virtual diary..yang lainnya daripada common diary ialah blog tersebut merupakan tatapan umum untuk segenap lapisan masyarakat.kecuali yang private blog la of course..itu tak payah cakap pun anak jiran aku kat malaysia tu dah tahu.. 


ok..jadi sebenarnya blog ni dah menjadi satu alat untuk kita meluahkan perasaan kita yang tak terluah.haa..bila sebut tak terluah tu bukan sebab bisu ke sakit tekak ke,tapi sebab tak berani nak confront orang tu,atau maybe dia bukan jenis orang yang cari gaduh..atau dia adalah jenis the gossiper(ada ke perkataan ni?haha!) atau tangan dia saja gatal nak menaip,macam aku ni.huhu.tak kira lah kalau curhat tu pasal orang yang dia suka ke, pasal gosip si A dah break dengan si B ke, pasal geng XXX pulaukan si Z tu ke..tak kisah la..janji itu isi hati dia..lantak la kan dia nak cerita apa..aku peduli apa kan,blog dia.tangan dia yang nak menaip.aku tak penat pun..tak habis duit aku kalau dia menaip..


tapi yang menjadi masalah tu kalau munculnya seorang mangkuk (AMARAN:jangan tiru penjodoh bilangan yang salah) yang cuba membuat onar kat blog orang lain.ish ish ish..dah tak ada kerja lain ke nak buat encik oi?dah habis ke semua buku medic yang perlu dibaca?haa..dah tak ada movie yang nak ditonton?tak terfaham oleh daku manusia sebegini.sabar je la tau..awak tu menumpang je tau kat blog orang.yela..menumpang lalu..so kalau dah jadi tetamu tu,buat la cara jadi tetamu awak ni..lagi nak cari pasal..kot iye pun nak buat konon2 anonymous..tukar la sikit style menaip tu..jadi bahasa baku ke pasar ke speaking london ke..apa daa~idiocy tries to run over hypocricy..tak lepas der..


itu satu cerita..ini nak cerita encik/puan/cik blogger pulak..memang la tu blog kau,tapi jangan la kau menulis macam otak kau tu cetek cam piring pulak kan?harap je belajar tinggi2 ambik medic,engineering,law segala macam,kalau orang yang belajar takat SPM tu lagi baik budi bahasa dalam blogging memang kau nampak macam moron habis la..bukan nampak,dah memang moron pun kalau camtu.buat malu je..haih..bukan nak suruh tulis ilmu korang curah kat situ tak mengapalah..buku harmening dengan lange aku tu pun tak bukak2 lagi..jangan lah menambah list must-read aku ek?cuma nak cakap sikit,nak gosip sekali pun TOLONGLAH jangan sampai nak fitnah2 orang lain..kau tak tahu cerita sebenar,baik tak payah buat langsung entry pasal tu..kau budget kau dengar cerita dia,kau dah tau semua cerita la?macam tu?itu dah kira berat sebelah sebab kau buat spekulasi sendiri.menilai orang daripada cerita orang lain.apa punya manusia la kau ni?tak layak buat kawan betul la orang macam ni..


astaghfirullahalazim.semoga Allah mengampunkan dosaku marah2 di pagi yang murni ni..hmm..sudahlah..aku tak larat nak membebankan hati aku dengan masalah2 yang insignificant macam ni..harusnya aku bersiap sedialah untuk peperiksaan yang bakal menjelang..*paki spec*(euuww..skematik la kau ni lola).dengan ini,aku berharap semoga aku berjaya meluluskan diri supaya dapat meneruskan pelajaran ke tahun ketiga pula..insyaAllah..may the best WOMAN win!




engulfed in the spirit of laptop





p/s:i wanna pass this exam so badly .. =(

nak ke tak nak?

Wednesday, May 26, 2010

short post..akibat kekangan masa dan tekanan perasaan,aku tersepit antara nak blogging ke tak..banyak aku nak cerita..tapi each time aku bukak dashboard je..aku rasa hindered daripada tulis macam2 perkara dalam kepala otak aku ni.nak tulis ke tak..nak tulis ke tak..maybe aku patut tunggu exam habis..ok la..sila bertahan ya jari jemariku..ok la...aku chow dulu..

bukan dalam hidupku

Friday, May 14, 2010


aku dan kau tak pernah serupa
suatu saat dan ketika dulu
di mata kau dan aku berbeza
kerana kau bukan dalam hidupku.


namun Dia ada rencana
kau dan aku,kita bertemu
"friends forever" itu janji kita
dan kau kini dalam hidupku.


memang hidup permainan dunia
tapi aku akan tetap aku
lupa janji kita hilang sudah setia
kau bukan lagi dalam hidupku.


kering sudah air mata
sengajaku biar engkau berlalu
bukan benci menjadi raja
cuma kau bukan dalam hidupku.
























p/s: aku tetap aku.

senyum seindah suria

Saturday, May 8, 2010

tak ada motif sungguh tajuk.hoho.tak sempat2 nak blogging.huhu.saja nak bagitau satu dunia yang diri masih bernafas dan masih berjalan atas muka bumi Allah ni (dan mungkin berlari kalau terlambat nak ke kelas,haha.).baru balik dari bandung.keletihan.bilik yang macam titanic karam.ohhhhhh~~~*dengan gaya yang dramatik*


ahhhh..ngantuk dah..mata ni dari paris van java lagi dah pedih.penat tau.tape tape..berbaloi......~haa..best tau.kali ni kuar ramai2..tadelah berat sangat nak bayar sewa avanza ngan driver.hehe.anyway, hari ni beli kain untuk baju raya.cantikkkkk!!~suka suka suka!!adin pun beli kain baju raya dia jugak.huhu.


tak dapat checkered shirt sebab tak ada yang dapat buat diri menjerit "OH MY GOD!OH MY GOD!OH MY GOD!" hmmm..tapi dapat beli jacket yang very nice!sangat puas hati.lepas tu, beli t-shirt converse.adin beli slippers tapak kasut kat converse jugak.(ohh sungguh pelik tapi sangat cool) hihi.oh ya!adin belikan t-shirt adidas warna baby blue yang sangat menarik hati.hee~


oklah..dah letih.nak rehat.esok banyak kerja.haih.nanti kita cerita2 lagi ya?bye~


p/s:


 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket