Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

red carpet for the kids

Friday, February 19, 2010

ini.hidup.aku dengan ini mempersembahkan GG & Kewowo!!haa...inilah anak2 kesayanganku..eh silap,anak2 patung kesayanganku..hihi.orang lain dapat teddy bear,aku dapat frog and giraffe..haa..gelak la.gelak la.aku tak heran pon~boring la kan,asyik2 teddy bear,asyik2 same je dengan budak tuh dengan budak nih.i don't like to be compared with others.huhu.ok.hentikan segala lalutan dan carutanmu lola.baik.sempena hari jumaat yang suci murni nih..(hanya kerana aku tiada kelas pagi.haha) aku membentangkan permaidani merah untuk kanak2 ribena Kewowo dan adiknya GG!!! (Kewowo=boy,GG=girl).sure korang pernah tengok iklan gajah anak lipan kan??siapa kata mereka tak boleh bersaudara?tengok Kewowo..dia katak.tapi adik dia,GG zirafah.haaaaaa~~mana nak cari?hehe..Kewowo & GG ialah hadiah sempena ulangbulan daripada kesayangan hatiku, Adin [aku sayang kamu].Comel kan?aku dah nak masuk 22 tapi dia tetap bagi sebab dia tahu aku suke perkara2 comel macam Kewowo dan GG.hahaha..oklah..tanpa melengahkan masa yang sudah banyak terbuang,aku selitkan jugak post kali ini dengan gambar comel mereka.


Kewowo with his magic pillow

GG with her magic pillow

GG merajuk dengan Adin

hai!nama saya Kewowo.saya abang GG

Kewowo & GG sedang mendengar bedtime story dari Adin

Kewowo & GG




baiklah..dengan ini berakhirlah presenting post buat Kewowo & GG.insyaAllah ada rezeki ada masa kita bercerita lagi. =) semoga hari jumaat anda diberkati Allah SWT..  

there's always a rainbow after the rain

Thursday, February 18, 2010

gosh..i wish i could turn back time.but that would never happen indeed..hey,life has to go on.embrace yourself lola,and bring it on!

untitled

Sunday, February 14, 2010

...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................














p/s : entah..aku pun tak tau nak tulis ape...sekian...

alien2 yang dirindui =P

Thursday, February 11, 2010



lately,saya asyik rindu kawan2 saya kat KTT dulu..wuwuwuwu~ sedih la...x baik tau buat saya rasa camni..malam semalam belek2 cd gambar lama2..alaaa..zaman muda2 dulu..masa badan masing2 tembam bagai dipam-pam macam kuih apam..haha..jahat la saya nih..hmm..sedih lagi..
kenapa ye??kenapa saya rindu sangat kat korang semua??alaa..pms la tuh..doraemon (=feromon) tengah banyak tuh..itu sebab la x habis2 nak feeling2 nih..haish~ ok la..tak nak cerita banyak2..tengok je la gambar2 comel di bawah ye.jangan gelak.air mata sahaja yang dibenarkan mengalir. (kejam tak??ye.saya memang kejam.baru tahu ke??)




sebenarnya ada banyak lagi gambar yang lebih menarik tapi sebab gambar best semua tengah free hair,tak sedap la nak letak..ye tak??ini je la yang antara pose2 sopan yang ada dalam koleksi ye? bagi mereka yang rasa gambar macam tak cukup tuh..minta maaf minta ampun,bukan tak nak letak,tapi banyak gambar dah hilang akibat laptop lama dulu rosak.sekian harap maklum. 










p/s: alien2 sekalian!!mengertilah bahawa aku gila merindui kalian~ T_T

aku sayang kamu...

Sunday, February 7, 2010

yesterday..we were celebrating our 8th monthiversaries(hoho..aku suke buat perkataan baru nih ;P).where else kalau bukan BANDUNG.we were heading bandung around half past ten in the morning with pak dedeq as our supir (=driver).the interesting part was just the two of us occupying the whole van.haha.normally kalau ramai2 nak pegi bandung kami akan share sama2 rent car like apv,mpv or avanza.but since pak dedeq didn't have any sedan,we were like,"ok fine.just the two of us.=)".tapi kami tadelah nak duduk belakang goyang kaki korek gigi gosok perut macam bos.adin duduk at the front seat.i'm at the back. actually pak dedeq ni dah biasa dengan kami berdua.so, it's kinda cool to know someone like pak dedeq.ok..enough with pak dedeq.


the first place we went was BEC.i'm sorry i forgot what BEC stands for.this place is like low yatt in malaysia.sure korang fikir ape la celebrate kat tempat cam low yatt.sabar dulu..we went there cause i wanna buy printer's ink.dah lama dah.back then,when i went back to malaysia,i was supposed to buy the refill.but then i forgot to check my printer's model.so i'm afraid the ink would not be compatible with my printer.in the end i bought the new cartridges.right now i feel so lame cause when i read the label at the back i realise that they shipped in these cartridges from malaysia.(-_-") ohh..the stupidity is all over me.ahhh..i don't give a s*.


then we went to have lunch in a sundanese restaurant since we were treating pak dedeq.rupa-rupanya makan kat kedai sunda macam makan kat ampera.the food also lebih kurang.tapi kami puas hati la..harga pun boleh tahan.ok la..


selesai makan.ok.shopping mode had turned on!adin had never went to RUMAH MODE (a very popular factory outlet here indeed).so,we went there.he looked for shirts i looked for some kind of dresses or blouses.i guess next time i don't wanna come here with adin.rumah mode is the right choice for women.not men.aku rambang mata duduk situ.tapi adin ade limited choice.kesian adin.tape sayang.lain kali pegi heritage k?sana lagi banyak.tak pun F.O kat dago..lagi bagus.back to the story.dekat sana,i eventually bought a blouse.very nice.i like it.very much.adin got himself a shirt.kotak2..he never had one.so i suggested him to buy one =).and then before we left,i accidentally saw a long-sleeved t-shirt.waahhh~~very nice.even though the colour was just dull grey,but the material sangat lembut and 100% cotton.tak panas.(actually aku ternampak sebab style baju tuh ala2 bella swan.you know,button at the front etc. etc. ;P) ok2.kesimpulannya,i didn't know whether to buy it or not.and then my superhuman came and saved me of course.adin bought me the t-shirt. lalala~ ^_^


the next destination was PARIS VAN JAVA.haa..this was actually the ultimatum idea why were we out here in bandung.it's because i wanna get myself a very nice sling bag which i found in our previous trip to PVJ last december at the esprit outlet.i already knew from hajar that the pink bag is no longer available,only the green bag left.waaaaaaaa!!!!~~nak jugak!nak jugak!so that day we were planning to deal with the outlet whether if we could order it cause i AM WILLING to wait.huhu.the girl who attended me said that it's hard to say cause   it depended on the availability of the product.ok i still can risk on that.but her next words crushed my chance to nil.she said at least they could order when new stuff were being sent.but the problem was barang baru sampai semalamnya..ceeesssss!!!!ni yang aku hangin satu badan nih!sudahnya aku pilih beg lain..haihh..dalam kepala otak aku,aku sangat pasti aku akan end up spending more than i expect sebab aku nih,kalau tak dapat barang yang aku nak (=walaupun aku dapat jugak sling bag tapi BUKAN YANG AKU NAK in the first place),aku akan beli apa saja untuk lepaskan geram.(which i did in this sling bag case).hmm..bahaya kan? so before aku beli kami blah dulu.konon nak cari kat kedai lain.mana tau ada yang berkenan di hati.huhu.


masuk sogo.haa..jangan ingat KL je de sogo.bandung pun ada tau..sampai sini konon nak cari couple t-shirt baru.almaklum lah V day kian menjelang,semangat adin nak beli baru,huhu (sebab yang beli before nih dia tak sure dekat mana..kat rumah kat kajang ke dah hilang..hmm..). lepas tuh pusing2 nampak 1 shirt nih.kotak2 jugak!huhu..die suke pastu tatau nak beli ke tak.haha~aku pun cakap la aku support half.kira aku belanja gak la..hahah..lepas beli baju adin,baru round2 dalam tuh tengok bahagian handbag..hmm..kalau da tak nak tuh..sogok la guess ke..LV ke..tak hingin aku..hihi..apa lagi..patah balik ke esprit..haihh..


i just took the bag,passed it to the  previous girl that talked to me and looked around.then when i was counting the money,the guy on the counter said to me if i wanna buy anything else to make it 750k total so i could get a 100k voucher.tau2 je aku ni memang mencari lubang menempah maut sendiri.haha.apa lagi seluruh kedai tuh adin and me search for something that not too expensive.ohh i'm such a spender and yet a cheapskate.senang cerita aku cerewet. ;P ok.found a comfortable zebra printed t-shirt with XL size left.yellow plak tuh..i H.A.T.E yellow.but the yellow was a nice yellow not that striking,look-at-me kind of yellow.i guess,it's time for me to stop hating yellow.yellow had done nothing wrong.huhu.ok.aku pun tak pernah ada baju warna kuning selain dari baju feskott (t-shirt sukan time kt ktt).yellow then..so aku pun habis 800k jugak la in a single outlet.


our final stop would be ciwalk!we went there and watched the spy  next door.it was totally fun!hahaha~if you got any chance,go get a ticket and watch this movie.it is worthwhile.then adin brought me to a souvenir store and he got me a very huge and huggable patung giraffe and a small giraffe pillow for the ulangbulan present.i remembered he gave me a cute little frog(patung of course) for our 3rd month ulangbulan.hihi..frog tuh kami bagi nama keroro(=kewowo).for the giraffe we call it GG.we had japanese for dinner at gokana teppan.sangat kenyang,alhamdulillah.after that,we went back to jatinangor.


hmm..worn out.tak larat lagi dah..selesai solat,sempat salin baju je.online skype.wish good night to adin.close my eyes.lena.itu pun ada mimpi merepek mula2 lepas tuh,gelap.sedar2 da subuh.ok.here are fews of pics yang sempat kami snap untuk korang lihat2..


akhirnya sampai jugak adin ke sini


kelihatan gemuk di sini 

i had a splendid time with my dearest sweetheart.thank you for everything sayang.may Allah bless our relationship.semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhirat sana..



hei kau!yang di sana.yang bernama ahmad fakharuddin kamil!aku sayang kamu.. *blushing*


sayang kamu



-END-

di sebalik waktu solat & warna alam

Saturday, February 6, 2010

assalamualaikum..malam ni dah masuk hari sabtu.sepatutnya aku post semalam, hari jumaat. nak ambik berkat jumaat tu lah kononnya.tapi memandangkan aku dah hampir 24 jam tak tidur,eyelid muscle dah paresis menyebabkan aku menjelajah alam mimpi pulak.haha.takpelah.tak semestinya nak sampaikan ilmu yang baru aku dapat (sebab aku tak tahu pun pasal ni), aku kena tunggu hari jumaat.betul tak?


ok.ok.i came across this one article when faiqah tagged me in her note regarding to perform the prayers at the early period of each prayer.well,pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian alam.baiklah.tanpa membuang masa lagi.di sini aku copy&paste sudah untuk tatapan anda semua.selamat membaca. =)

Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu
Subuh alam berada dalam spektrum warna
biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna
hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna
oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu
Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu
Isyak, alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa
Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."

Source: Al-Muttaqin





haaa..menarik kan?terima kasih lah pada uncle,aunty,abang dan kakak yang telah mengkaji perkara ini. bukan saja dapat pahala,meningkatkan taqwa dan menambah disiplin,malah solat di awal waktu boleh menjaga kesihatan, dengan membantu sistem tubuh kita berfungsi dengan lebih berkesan.peghh..ayat nak macam majalah keluarga bahgian kesihatan je kan..tak boleh blah la aku ni..cisss~(eleh..majalah keluarga pun tak pernah baca) baiklah..rasanya dah sampai masa untuk cursor mencari sign out.sehingga bertemu lagi di blog yang sama,hari dan waktu yang berbeza bersama saya dalam ini.hidup.aku. 



counting the days..=)

Thursday, February 4, 2010



JUST 2 MORE DAYS!!




getting more excited but somehow it can't be considered as a very strong and solid reason for me to feel so..but hey!i'm always like that.so what if i feel excited about my relationship being another month old.IT'S MY LIFE (ini.hidup.aku) anyway ;P  


hoping we're gonna stick together till death do us part












p/s: rasa nak makan jemput2..hmm..(drooling..straightly go getting ready to make jemput2)

no words can describe you, i mean ALL OF YOU

Tuesday, February 2, 2010

ahmad fakharuddin kamil bin ahmad dardiri..
mak aiihh panjangnya nama...ini la cinta hati saya. buah hati pengarang jantung, puspa hati saya..ini la jejaka yang  berjaya mencuri hati saya. macam mana la dia boleh enter frame hidup saya ni?haa..panjang ceritanya..sama kolej masa A-level dulu..tapi tak pernah bertegur sapa.kau dengan hidup kau.aku dengan hidup aku.bulatan kawan-kawan (circle of friends) yang berbeza tak bagi peluang kami nak nampak kehadiran masing-masing.masuk unpad, ahhh..da kurang kelompoknya..sebelum ni kalau sekadar tahu kewujudan dia,sekarang da boleh kata jadi kenalan (acquantaince), bertukar jadi teman dan kawan (baru bole panggil friend,haha). nak dipendekkan cerita, usik punya usik, sakat punya sakat, nahhh ambik kau~tersangkut..sudaaahhh..hahaha!


hangat.panas.berbunga-bunga.sesak.sakit.semua rasa ada..haihhh.tak tau la saya ni normal tak.hihi.selebihnya anda boleh lihat.tapi jangan timbul sebarang spekulasi dalam kepala.kami juga manusia biasa.ada suka, ada gaduhnya.tapi kami gembira. (^_^) kepada semua kawan-kawan yang mengenali saya, yang mengetahui kisah hidup saya, yang mendengar sejarah hidup saya,terutamanya faiqah nastasha(u r like my twin), faridahanum (my inspiration,yes babe,it's u), halimatus (i owe u A LOT), siti hajar (thanks for being there,when there's no one i can turn to) syaira (dik,terima kasih dulu layan akak.haha), ku shahira (u r one in a million.thanks for all of the advices given), wan soraya(dulu kau je yang dengar aku melalak bila da tade orang sanggup dengar), fizati (i know u and u know me well,haha), farhana (thanks for all the teguran dan telinga yang kau tadah untuk aku..huhu), siti romahani (oh my dear u r such a strong but sweet and lovely girl.u always listen to my stupid prattle).


rasanya, kalau saya ditakdirkan tidak pernah mengenali mereka, mungkin saya akan menjadi seorang yang pesimis atau agresif, tak siapa tahu, hanya DIA yang mengetahui.terima kasih teman-teman.matahari saya..itulah mereka..=)


sebenarnya saya dah menyimpang dari tujuan asal untuk menulis entry ni.hahaha..ok..cukup la kalau saya end dengan memperkenalkan anda kepada lelaki yang sedang bermaharajalela (atau bermaharajalola,haha) dalam hati dan hidup saya yang lebih mesra dipanggil ADIN.


encik jejaka saya





p/s: bahang 14.2 sudah terasa
 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket