Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

RESULT ohh RESULT~~

Sunday, March 14, 2010

11th March 2010. result for SPM'09 had been announced! tiba2 flashback balik masa SPM'05 punya result keluar on 13th March 2006 pulak.hehe.. rasa kelakar pun ada jugak.mana tak nya. 2-3 minggu sebelum result keluar dah mimpi pelik2. dulu time PMR pun macam tu jugak.mimpi result semua B.tup tap tup tap alhamdulillah semua A.syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmatNya. tapi nak tunggu keputusan SPM ni, bukan mimpi dah, tahap dah tak boleh tido dah.dulu nak tunggu result SPM aku dengan cousin aku Faridatulsaftiah kerja dekat mcD Kluang.dah selamat kahwin dah pun dia.anak pun dah keluar sorang..aku bila lagi? ibu!!!kita nak kahwin jugak!!TEEEETTTTT~kalau ibu baca ni mampos aku!haha~ok2.kami ni sebaya.memang best friend sejak dari alam rahim lagi.birthday pun jarak 11 hari je.obviously aku yang tua 11 hari tu.sebab tu aku lagi tinggi dari dia.hak3!jangan marah ye tiah.kita kan da agree aku kakak sebab aku lagi tinggi dari kau.hua3!ok.lain kali aku cerita la pasal cousin aku ni ok.right now,i'm going to tell u guys about my result.


since usually we worked in the same shift, people could see the difference in our behaviour. but to their surprise, tiah ni amatlah tiada berperasaan dengan keputusan yang nak keluar dah lagi berapa hari tu.dia maintain dengan perangai gila2 dia tu.lain pulak ceritanya dengan aku. biasanya aku ni sangatlah menjaga standard dan nama baik sekolah aku.al-maklumlah aku ni dulu sekolah dekat SBP elit.nak tak nak kena la maintain standard.orang perhatikan kelakuan kita.bandingkan kita dengan remaja lain yang sebaya dengan kita tapi bersekolah di sekolah harian biasa. haa..so,korang semua boleh agak la kan macam mana aku treat orang sekeliling aku waktu tu.baik dan sopan santun dengan penuh lemah gemalai macam ikan keli masak gulai je lagaknya.perlu anda semua ingatkan bahawa terdapat semua jenis lapisan masyarakat dari segenap pelusuk Kluang yang bekerja di mcD tu. sesungguhnya makcik yang tinggal setaman dengan aku pun kerja kat situ tau.


nak dijadikan cerita.result SPM keluar lagi 2 hari.cuti pun sudah di'approved' oleh manager.lepas tu orang yang tak berperasaan dalam mcD tu menyakat2 aku yang tengah macam setengah nyawa habis nak melalui hidup yang tak sanggup nak lalui lagi dah.habis aku bantai mengamuk dengan kakak and abang2 yang sememangnya aku tau kuat menyakat dan selama ni aku tak kisah pun.lepas tu ada hati nak suruh aku pujuk diorang plak.aikk??siapa yang patut kena pujuk ni?aku tak pujuk pun.xP jangan harap.diorang kena sembur lagi pulak dengan makcik2 kat situ sebab ganggu aku yang tengah dalam dilema nak menerima nasib hidup aku yang tak tentu arah tuju tu.cehh..drama la pulak.geli aku der!!!tiah tukang gelak je.makcik gila yang sorang ni memang camtu.huhu. (tiah,aku rindu kau babe.kirim salam muah2 kat darwish dari aunty lola dia k?)


so the next day aku pun chow la balik ke JB.macam burung pulang ke sarang.macam telefon pulang ke gagang.errkk!!sirih pulang ke gagang la.(-_-") aku lepak rumah ex-dormate aku,azlin.aku rasa kalau malam tu mak dia tak suruh tidur,untuk kesekian malamnya mungkin aku tak tidur.haha~esoknya,firstly her parents brought us to have breakfast.rasanya bukan setakat rasa pasir,macam batu bata pun ada.rasa macam tanah gambut lalu esophagus aku ni pun ada.=) lepas tu,kami pun dah kena berangkat laksana menanti hukuman gantung dijatuhkan lagaknya.pucat muka aku.DUP DAP DUP DAP!!~pergggghhhh!!! der!tadi jantung aku rasanya berdegup secara normal lagi.ni tak tahan dah.rasa nak muntah semua roti telur dengan mee goreng tadi,haishh..palpitation aku ni tak dapt nak describe lagi.aku rasa macam semua large blood vessels yang connect my heart tak dapat nak tampung lagi contraction of heart tu sampai terputus!hahahaha!! lawak betul la aku time tu.aku blank.rasa kalau ada orang bagi penampar secupak pun aku tak sedar kot.hehe.


muka korang akan jadi macam ni bila tunggu result ;P


sampai sekolah jumpa la kawan2 semua.hilang sekejap rasa nak mati tu.huhu.tak abis lelah aku ada orang datang bagitau yang result dah keluar.ambikkkkk kau!!terketar2 patela aku.aku nak pakai sandal pun dah macam orang yang ada cerebrum connection problem je.pakai sandal kanan kat kaki kiri,kiri pakai kat kaki kanan.hahaha!namun ku gagahi langkah ini.menanti saat kepala dipancung.T_T (tadi gantung.ni pancung pulak.macam2 hukuman.padahal nak ambik result SPM je.haha!) jalan laju2 pegi bilik mesyuarat.bajet nak cover ketar,konon excited depan kawan.dalam hati aku dah meraung2 dah.;P hehe.kat situ ikut kelas.gilir2 ambik result.alamak..encik jamal la yang jaga.aku pun masuk slow2.dia pandang aku.pastu dia buat muka tak puas hati.adusss~aku stop.pastu berkira2 nak patah balik.sekali cikgu panggil aku.aiyark!macam mana ni.."alamak cikgu.tak jadila.tak ready la.kejap lagi saya ambik"cikgu dengan tak berperasaan menjawab"jangan nak lari.tak payah.ambik result awak ni,pastu baru pegi." =( melangkah lah aku mendekati kertas yang ade list keputusan student tuh.TAK MAU!!!!


fighterS 0105


alhamdulillah.tak sangka aku..memanglah ada yang kurang puas hati sikit tapi.yang penting aku bersyukur.yang tak puas hati tu memang kena kutuk untuk masa yang lama jugak la dengan abang aku.hahahaha!maklumlah.BM tak dapat A1.memang kena la..alaa der~aku orang jawa.nasib baik A.ada orang tak dapat A tu macam mana?lagi kesian der~peghhh!!relief tau tak?haihhhhhh!!!!Allah je yang tau perasaan aku time tu.rasa sayang lagi sikit je nak straight A1.tapi alhamdulillah.boleh la tu.haha!yang penting aku rasa beban dalam hati aku,atas kepala aku da lepas!tiba2 aku rasa berlumba2 oxygen masuk lalu hidung aku.hoho.lepas tu terus call ibu.


petang aku balik.relax je.naik bas sampai Taman Desa.ibu nak jemput kat bus station.aku tak kasi.aku kata nak balik sendiri.time tu aku dah start fikir lepas tu nak buat apa semua.kenang balik penat lelah aku belajar,kira wang ringgit ibu habiskan untuk aku.ingat semula doa2 dari keluarga,kawan2 dan doa aku sendiri.sungguh..Allah Maha Pemurah. terima kasih TUHAN.tambah lagi satu hutang aku pada Yang Esa. insyaAllah akan aku bayar dengan bakti pada keluarga,masyarakat dan negara saat ijazah dalam genggaman nanti. =)


saat ini,tika jari jemari menari2 di atas kekunci,debaran itu datang lagi seakan2 aku kembali ke sana.memori yang sudah elok terlipat di sudut minda.sudah berdebu.tapi,saban tahun,acapkali keputusan adik2 seperjuangan diumumkan,degup jantung aku pasti tak terarah.aahhh~~indah memori silam sememangnya bisa menggamit kita untuk menoleh buat kesekian kalinya.=) it must be different experience among us.no doubt.but the feeling must be the same.kepada semua yang belum dan akan menghadapi SPM.akak tak mau wish good luck SPM,tapi akak wish good luck ambil result SPM ok? ;P


ok la.sebelum aku end kan entry yang melampau2 panjang ni.just want to share with you guys,sekolah aku top 5 sekolah terbaik. STFians!!!!aku bangga dengan korang!terbaik la!!maintain weh!! sila berdiri dan nyanyi lagu sekolah. X)  untuk koleq.jangan kecewa.cuba lagi tahun depan ye?kalau tak senior korang marah nanti~ (adin~jangan marah STF top5..hihi ;P)


aku srikandimu








p/s: terpengaruh dengan dialog shaheizy sam dalam adnan sempit.
tu yang banyak der (brader) tuh.haha!jangan marah ya~




1 pssstt:

iamme said...

nti nk dgr story pasal cuzen tiah. hehe. cam interesting jer

 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket