Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

hatinya tak tahan..

Saturday, May 29, 2010

awww..tak tahan hati mak nak menaip nyah..haha!kepada mereka yang menari untuk lagu hatinya tak tahan pada ktt's graduation night dulu janganlah tersalah faham pulak ye..tiada kaitan antara kita pun entry ni.huhu..actually jari aku ni memang dah sangap sangat nak menaip ni..sebelum aku mengamuk hempas laptop vaio ni,baik aku taip cepat2 kan?hehe..cacat la aku ni.itulah..blog ni boleh buat addicted tau..sebab orang kata kan..orang la yang kata bukan aku yang kata.tapi aku pun orang jugak..haa senang cerita orang lain yang kata..bukan aku..aku tukang setuju je..baiklah..berbalik pada apa yang orang lain cuba nak cakap tu..orang lain cakap bahawasanya blog ni ibarat virtual diary..yang lainnya daripada common diary ialah blog tersebut merupakan tatapan umum untuk segenap lapisan masyarakat.kecuali yang private blog la of course..itu tak payah cakap pun anak jiran aku kat malaysia tu dah tahu.. 


ok..jadi sebenarnya blog ni dah menjadi satu alat untuk kita meluahkan perasaan kita yang tak terluah.haa..bila sebut tak terluah tu bukan sebab bisu ke sakit tekak ke,tapi sebab tak berani nak confront orang tu,atau maybe dia bukan jenis orang yang cari gaduh..atau dia adalah jenis the gossiper(ada ke perkataan ni?haha!) atau tangan dia saja gatal nak menaip,macam aku ni.huhu.tak kira lah kalau curhat tu pasal orang yang dia suka ke, pasal gosip si A dah break dengan si B ke, pasal geng XXX pulaukan si Z tu ke..tak kisah la..janji itu isi hati dia..lantak la kan dia nak cerita apa..aku peduli apa kan,blog dia.tangan dia yang nak menaip.aku tak penat pun..tak habis duit aku kalau dia menaip..


tapi yang menjadi masalah tu kalau munculnya seorang mangkuk (AMARAN:jangan tiru penjodoh bilangan yang salah) yang cuba membuat onar kat blog orang lain.ish ish ish..dah tak ada kerja lain ke nak buat encik oi?dah habis ke semua buku medic yang perlu dibaca?haa..dah tak ada movie yang nak ditonton?tak terfaham oleh daku manusia sebegini.sabar je la tau..awak tu menumpang je tau kat blog orang.yela..menumpang lalu..so kalau dah jadi tetamu tu,buat la cara jadi tetamu awak ni..lagi nak cari pasal..kot iye pun nak buat konon2 anonymous..tukar la sikit style menaip tu..jadi bahasa baku ke pasar ke speaking london ke..apa daa~idiocy tries to run over hypocricy..tak lepas der..


itu satu cerita..ini nak cerita encik/puan/cik blogger pulak..memang la tu blog kau,tapi jangan la kau menulis macam otak kau tu cetek cam piring pulak kan?harap je belajar tinggi2 ambik medic,engineering,law segala macam,kalau orang yang belajar takat SPM tu lagi baik budi bahasa dalam blogging memang kau nampak macam moron habis la..bukan nampak,dah memang moron pun kalau camtu.buat malu je..haih..bukan nak suruh tulis ilmu korang curah kat situ tak mengapalah..buku harmening dengan lange aku tu pun tak bukak2 lagi..jangan lah menambah list must-read aku ek?cuma nak cakap sikit,nak gosip sekali pun TOLONGLAH jangan sampai nak fitnah2 orang lain..kau tak tahu cerita sebenar,baik tak payah buat langsung entry pasal tu..kau budget kau dengar cerita dia,kau dah tau semua cerita la?macam tu?itu dah kira berat sebelah sebab kau buat spekulasi sendiri.menilai orang daripada cerita orang lain.apa punya manusia la kau ni?tak layak buat kawan betul la orang macam ni..


astaghfirullahalazim.semoga Allah mengampunkan dosaku marah2 di pagi yang murni ni..hmm..sudahlah..aku tak larat nak membebankan hati aku dengan masalah2 yang insignificant macam ni..harusnya aku bersiap sedialah untuk peperiksaan yang bakal menjelang..*paki spec*(euuww..skematik la kau ni lola).dengan ini,aku berharap semoga aku berjaya meluluskan diri supaya dapat meneruskan pelajaran ke tahun ketiga pula..insyaAllah..may the best WOMAN win!




engulfed in the spirit of laptop





p/s:i wanna pass this exam so badly .. =(

nak ke tak nak?

Wednesday, May 26, 2010

short post..akibat kekangan masa dan tekanan perasaan,aku tersepit antara nak blogging ke tak..banyak aku nak cerita..tapi each time aku bukak dashboard je..aku rasa hindered daripada tulis macam2 perkara dalam kepala otak aku ni.nak tulis ke tak..nak tulis ke tak..maybe aku patut tunggu exam habis..ok la..sila bertahan ya jari jemariku..ok la...aku chow dulu..

bukan dalam hidupku

Friday, May 14, 2010


aku dan kau tak pernah serupa
suatu saat dan ketika dulu
di mata kau dan aku berbeza
kerana kau bukan dalam hidupku.


namun Dia ada rencana
kau dan aku,kita bertemu
"friends forever" itu janji kita
dan kau kini dalam hidupku.


memang hidup permainan dunia
tapi aku akan tetap aku
lupa janji kita hilang sudah setia
kau bukan lagi dalam hidupku.


kering sudah air mata
sengajaku biar engkau berlalu
bukan benci menjadi raja
cuma kau bukan dalam hidupku.
























p/s: aku tetap aku.

senyum seindah suria

Saturday, May 8, 2010

tak ada motif sungguh tajuk.hoho.tak sempat2 nak blogging.huhu.saja nak bagitau satu dunia yang diri masih bernafas dan masih berjalan atas muka bumi Allah ni (dan mungkin berlari kalau terlambat nak ke kelas,haha.).baru balik dari bandung.keletihan.bilik yang macam titanic karam.ohhhhhh~~~*dengan gaya yang dramatik*


ahhhh..ngantuk dah..mata ni dari paris van java lagi dah pedih.penat tau.tape tape..berbaloi......~haa..best tau.kali ni kuar ramai2..tadelah berat sangat nak bayar sewa avanza ngan driver.hehe.anyway, hari ni beli kain untuk baju raya.cantikkkkk!!~suka suka suka!!adin pun beli kain baju raya dia jugak.huhu.


tak dapat checkered shirt sebab tak ada yang dapat buat diri menjerit "OH MY GOD!OH MY GOD!OH MY GOD!" hmmm..tapi dapat beli jacket yang very nice!sangat puas hati.lepas tu, beli t-shirt converse.adin beli slippers tapak kasut kat converse jugak.(ohh sungguh pelik tapi sangat cool) hihi.oh ya!adin belikan t-shirt adidas warna baby blue yang sangat menarik hati.hee~


oklah..dah letih.nak rehat.esok banyak kerja.haih.nanti kita cerita2 lagi ya?bye~


p/s:


i don't hate you.i just..DISLIKE you.c'est tout..

Friday, April 30, 2010

it's another topic that i promised to share with you guys.well,let's start it with meeting people.we communicate.we know and learn about their characters.the good qualities and the not so good qualities that we found in people.first of all,please bear in mind that different people live in different circle of friends,being raised by different ways by parents,also have different point of views in any aspect of your life.so,let's say that i am the one with the not-so-good-qualities.should i be treated equally by others?or they could treat me disrespectfully without concerning my feelings?


well people, i know that you too are not perfect.just like me.but, i'm no maggot in your food (eeuuuwww!!!) that you could look at me in such a filthy feeling.and i'm no blind cause i can see it. who are you to judge me?i know things about you that you actually never realise or should i say you just don't want to admit?you've seen a lot of my mistakes and flaws and been pointing them out too,and you've been telling the world that you too are not completely without sins,and yet you're acting like you're an angel (but you're just not).such an irony philosophy you have there. 




hello people with poker face~don't think that you've known me your whole life,cause even my father doesn't know me that well either.i bet you don't even know your truly self,not just yet.cause i also have been learning myself and been trying to be a better person.and it's hard,really hard to change when you've been living your life like me since you were born.ohh..i'm sorry i haven't tell you guys how my childhood like but i don't plan to  do so either.well you see,not all people want to remember their childhood life ok?


aku.yang.bertopeng.

dan kepada kau yang bertopeng,aku bukan macam diorang.tolong jangan nilai aku dengan apa yang kau nampak.tapi kalau kau nak nilai aku from that point of view,go ahead then.kau pun bukan baik sangat pada pandangan aku.*smirking* dan aku tak kisah kalau kau tak ada dalam hidup aku sebab aku tak mati pun kalau kau tak ada.haha~oh..aku bukan BENCI kau,cuma TAK SUKA je. sebab kau,kau dan kau suka sangat pakai topeng depan orang macam aku ni. 


and i've had enough with this kind of people.tired and bored.no more games ok.you guys dah tak fun lagi.aku nak cari game baru yang boleh buat aku teruja lagi dengan hidup ni.bye.


this one suits you well poker faces wekkk!! 

my lunatic cousin ;P

seperti yang dijanjikan pada suatu ketika dulu, aku akan bercerita kembali cerita2 yang tertinggal sebelum2 ni.dan kali ni aku nak cerita pasal sepupu yang paling rapat dengan aku. kami ni memang best friends sejak alam rahim lagi. hehe. nama perempuan gila sorang ni faridatulsaftiah binti omar.bapak dia tu abang pada mak aku. korang mesti nak cakap aku jahat sebab panggil dia gila kan? korang jumpa minah ni dulu,baru korang boleh cerita2 ok..kau tak panggil dia gila,kau yang gila nanti.haha!


mesti pelik kan tiba2 je nak cerita pasal tiah atau panggilan ayahandanya,tun tiah.huhu. bukan apa..sejak belajar kat bandung ni, aku makin busy,menyebabkan aku jarang contact dia.rindu woooo~~dan baru2 ni dia sms aku bertanya khabar berita yang lama tak menjengah inbox nya..kalau nak tau,dia ni memang amatlah,tersangatlah susah nak contact aku.dulu aku tak busy sangat aku selalu jugak call  and sms dia,now dah busy,saving duit lagi..sangatlah jarang contact dia.alahai,aku nak call mak aku pun budget credit cukup tak,tak kan nak bergayut dengan dia lagi,ye tak?huhu


tak apalah.kali ni,aku dedikasikan entry ni khas buat kau tiah.sini aku cerita kat korang.tiah dengan aku ni memang rapat dari kecikkkkkkkk lagi.aku tak ingat siapa yang jadi 1st friend dalam hidup aku sebab aku rasa la kan,tak ada orang lain dah kalau bukan tiah ni.dulu kecik2, tak ada tiah ni,tak nak aku pergi sekolah tadika tau?sedangkan waktu tu aku dah ada kawan.huhu.nasib baiklah on the way nak balik hantar aku, terserempak dengan tiah with her mother walking nak hantar dia pergi sekolah..apa lagi,patah balik aku pergi sekolah sebab tiah sekolah jugak.hehe~


tiah ni tomboy.huhu.eleh,sebenarnya sampai sekarang ni pun dia tomboy, FYI, now ni dia dah ada anak sorang dah.setahun lebih dah pun.aku ni dah jadi aunty dah pun..(tak mahu guna makcik,kasi muda sikit.haha) dia kata panggil dia mama rock.hoho.rock sangatlah tu.hihi.waktu dia nak kahwin dulu,aku lah yang menguruskan.kami memang ada buat deal waktu kecik2 dulu.kami nak kahwin sama2,kalau tak dapat sama2,siapa yang tak kahwin kena uruskan semua hal pengantin.memandangkan tiah ni memang gatal lebih sikit dari aku ;P so aku lah yang tertinggal dan terpaksa jadi wedding planner dia.huhu.dari hantaran sampailah ke pelamin, dari inai jari sampailah mak andam,semuanya aku yang urus.aku yang buat.aku yang make up kan.katil pengantin aku yang hiaskan.memandangkan dia ni memanglah simple sangat,tak suka nak complicated dan sophisticated,maka amatlah mudah kerja2 aku.majlis yang memang serba ringkas.=)


hmm..waktu aku nak kahwin nanti,entah apa nasib dia,dahlah aku ni cerewet.haha.nasib kau lah tiah..hihi.dia ni selalu tempat aku curhat (=curah hati) each time aku bermasalah.dari kecik dialah tempat aku mengadu.dialah yang selalu carikan solution untuk aku.dan memang kalau kau dengar aku curhat kat dia punyalah serius,dia siap boleh menganjing aku lagi ada..memang dia macam tu,tapi bila kau mintak opinion dia,dia akan bagi secara ikhlasnya.sayang kau tiah~thanks for everything. hope you will live happily ever after with your family. =)



sangat merindui kamu

Thursday, April 29, 2010

oh.oh.oh.jangan salah faham ye?tajuk entry kali ini ditujukan khas buat blog tersayang.almaklumlah,dah lama sangat tak buat apa2 entry.dan kali ini juga daku mahu meminta maaf kerana daku tidak boleh berlama2 di sini akibat kesibukan yang memanjang.(hahaha!apakah bahasa yang daku gunakan pada kali ini?) anyhow,i promise to post a lot more posts which i also promised a couple months back.hehe.ok la.seriously, i've gotta rush.my class in less than an hour from now.till fingers meet the keyboard.bye~

matahariku =)

Saturday, April 10, 2010

each time mata aku tertancap pada tajuk entry nih je mesti aku tersenyum sorang2.teringat matahari teletubbies.hehe~aku suke kartun tuh.kalau ada sesiapa yang ada full series of teletubbies..pleaaasssssseee bagitau aku sebab aku nak sangat..haishh gila kanak2(=_="). tolonglah siti khadijah~sila membesarkan tingkah laku dan pemikiran anda.(jangan besarkan kepala dan diri anda ye?) ok2.kalau aku lah teletubbies (aku nak jadi po!!!siapa tak kenal,sila google),siapa matahari aku nih haa?haa...nih la alasan sebenar aku bangun pagi2(ceh..pagila sangat kan..) nak buat entry nih.bukan apa,semalam memang worn out gila la sebab pergi swimming kat swimming pool tuh haa..dah la da lama tak swimming,tetiba pergi pulak..pergghh..myalgia seyhhh~~oihhh lola!!kau nak cerita apa nih sebenarnya haa???


sorry kepada semua pembaca..hehe..terhanyut dibawa arus syok sendiri pulak.hehe.ya!siapa matahariku itu?kalau bumi nih Allah ciptakan 1 matahari untuk kita semua,Allah memang Maha Pemurah sebab kurniakan aku "ramai" MATAHARI~alhamdulillah..semua sahabat2 aku,yang selama nih teman aku senang susah,ketawa menangis dengan aku,tegur aku kalau aku buat salah,ingat aku walau jauh,mereka semua tuh..matahari aku.aku panggil diorang SUNSHINE.(nak translate jadi BM sinaran matahari,panjang sangat.matahari sudeyhh) dan kali ini,dengan berbesar hati aku nak kenalkan dengan salah seorang manusia yang banyak beri aku inspirasi waktu zaman kejatuhan aku sebelum nih..(ingat pemimpin negara ke apa ada zaman2 jatuh bangun nih.haha)


norfaridahanum binti mad norizan nama diberi.lahir tanggal 3 ogos 1989 (kali nih aku tak salah umur kan?haha).orang perak ni.cantik.mata dia bulat!aku suka.hee~sungguh pandai.pandai apa?mai che habaq..she's doing her MBBS now in Karnataka,India.(bakal doktor nih makcik..sila pinang cepat2 untuk anak teruna makcik.tu pun kalau makcik rasa layakla untuk anak makcik tuh hehe ;P).she's good in poetry.art is her magic.she's really good in sports.i mean it.badminton.netball.name it.even those that she has never done before,she'll do it gracefully.ohh..cakap pasal graceful,anum nih pandai jugak menari ye kawan2.kalau kat india tuh nak buat dance performance,tolonglah panggil anum nih.aku rasa dia dah lama sangap nak menari tuh.hahaha!! 


banyak lagi bakat yang anum ada.tapi kalau nak tau lagi kena lah pergi india,cari dia and kenal ngan dia.hahaha!!!best tak suggestion aku.best kan?boleh korang pergi taj mahal sekali.haa~ini adik manis banyak jalan2 itu lain tempat punya orang.itu taj mahal,dia sudah sampai.itu turki pun dia sudah sampai punya (sila baca macam mamak kat as-salam tuh).hehe..i always think her as Woman of the World sebab dia nih banyak tengok tempat orang.haha~


norfaridahanum mad norizan.she's been through a lot.in facing her own bungee-jumping-world,she lives with courage and dignity.no matter how hurt life has made her.she keeps on pacing her path with belief that there's always new hope for her.despite all of these,she's very lucky,in my opinion la.because she has a very supportive and caring family.sangat rapat dan kukuh hubungan antara mereka.cemburu jugak.tapi in a good way ye..buat aku sendiri nak bina keluarga macam mereka suatu hari nanti.ohh..sejuk perut mak anum dapat anak macam anum.i'd like to have a daughter yang persis macam anum.boleh tak?huhu.


waktu aku sedih suatu masa tertentu dahulu,sungguh seksa jiwa aku nih.ye..memang aku ada kawan kat sini yang boleh share,tapi mereka semua tuh baru aku kenal.sungguh tak ada pengubat buat hati aku yang lara waktu itu.until she told me about her TOINK ! TOINK ! or she calls it as mr. TT. whenever i had my free time,i read her encouraging posts and amazing entries yang selalu buat aku senyum sendiri,buat aku sendiri percaya yang ada harapan baru untuk aku,ada tempat untuk aku dalam dunia ni.her beautiful words were always soothing.and they always do.each of her sentence (pastilah bukan berkisar tentang aku) is describing her belief ,her feeling and her hope kat pentas hidup ni.


now nih,zaman sedih dia dan aku dah berlalu,insyaAllah. she's been in a new phase (=bunga2 blossom2 je kat mata dia) now.hehe..hope she's doing well there.go girl!!haha! i hope you will always be happy there.nak cerita la pasal musim bunga anum kat sana kan..(walaupun india tak ada musim2 ni,at least not in karnataka yang confirm panas/hujan je tu ;P).perempuan ini dah melangkah setapak lagi dalam memanjangkan lagi list bakat terpendam dia iaitu menjejakkan diri dalam industri perfileman Mollywood.hahaha!!!kidding..tak ah..gurau je.actually,she had written a song.a beautiful song.she did it very well for person who wrote a song for the first time.me and adin always sing the song whenever we mention anum.haha!the chorus is so cute.hahaha!!


ohh..dengan ini,aku nak bagitau lagi satu talent anum.huhu.she has beautiful voice.singing is her passion.kepada Suria Records ambiklah anum ni jadi pengganti siti nurhaliza.haha~tapi kasi dia jadi protege siti dulu sebab ada yang nak kena gilap lagi ni..ececece..aku ni macam syafinaz kat dalam OIAM pulak.hehe.hmm..pasal lagu anum nih.the melody is by my ex-classmate linda tan,the lyric is by anum herself and the song is performed by her of course =). what the song is all about?dengarlah sendiri.haha~sumber inspirasi di sebalik lagu,itu aku tiada hak nak bercerita di sini.biarlah rahsia ye?ok.kat sini aku link kan lagunya ye?the song still needs some touch up a little bit here and there though.enjoy ok?







p/s:i miss u dear..

Shhh~~:1

Sunday, April 4, 2010

actually i have lots of stuff that i wish i can have/do..so i'd like to share them..i won't list them down..but i'll tell one by one..one post for each...boleh la tengok dapat ke tak kan?maklumlah..aku ni bukan kaya..ibu ayah pun tak senang jugak.alaa..aku hidup pun tak bergantung sangat dengan Pa&Ma foundation..huhu..mengharapkan duit gaji je dulu..now nih harapkan duit rakyat la pulak..terima kasih la kerana sudi menanggung saya.hehe.. 


since my hp went ting tong~ the other day..aku masih berkira2 patut tak beli baru..blackberry??nokia e series???not insterested..aku dah ada laptop.vaio lagi tu..tak payah la aku nak usung "mini laptop" ke hulu-hilir dalam handbag aku kan?teringin nak pakai touch screen..tau la susah nak jaga.aku ni kasar pulak orangnya..takpe..practice nak jadi wanita lemah lembut..dah nak jadi isteri orang tersayang..mestilah practice kan?kan?(sila jangan salah faham.lambat lagi saya nak nikah ye? ;P).


white iPhone is very tempting

haa..tengok gambar pun sure korang dah tau apa aku nak kan?kan?kan?so tak payah la aku cerita panjang2 sebab aku nak masak tomyam nih.anyway,dah lama jugak aku berangan2 nak beli barang brand apple nih..gaya..mutu..keunggulan..terliurlah aku tengok..hmm..buat masa ni..aku target dia dulu.iPhone.kau tunggu aku.






p/s: #1 bergaya tak kalau aku pakai iPhone?

#2 sila doakan kejayaan saya dalam exam *peace&love*

sendiri yang aku benci

Monday, March 29, 2010

There is a place in this world which no one else but you can fill.
Jigsha Desai 
i like to be alone.we all need some time to be alone.time for ourselves.masa bermuhasabah orang kata.masa untuk menilai perbuatan kita,amalan kita dan pencapaian kita.tak kisah la dari segi akademik ke..hidup ke..keluarga ke..cinta ke..hubungan dengan kawan2 ke..dan yang paling penting sekali amalan untuk bekalan ke Akhirat nanti. kali ni bukan nak cerita pasal yang last tuh.saya ni tak mahir lagi nak berbicara dan berbahas masalah.diri sendiri pun masih tenggelam timbul.masih berjalan,berlari.masih mencari.i AM learning. =) ok..hari ni nak cerita pasal S.E.N.D.I.R.I. bersendirian. berseorangan. keseorangan. alone macam lone ranger.hehe..


pada pendapat saya, ni pendapat saya la kan.pendapat awak, haa..itu yang kita tak tahu. pada saya, sendiri ada macam2 jenis sebenarnya. memang la orang cakap awak jalan sorang2, sendiri la tu. tinggal berasingan dari ibu ayah,sendiri jugak tu.makan kat bilik sorang2, sendiri tu.nanti awak mati, masuk kubur, kena soal..lagi sendiri nak jawab tu.hehe..TAPI..(ya..ada tapi di situ),tapi macam mana dengan orang yang tak tinggal sendiri, selalu je kat tempat yang penuh dengan orang tapi dia rasa yang dia masih bersendirian.


mungkin luaran kawan2 nampak dia bergelak tawa,bergumbira laksana esok balik Malaysia lagaknya (perumpamaan ini sesuai untuk pelajar Malaysia yang berada di negara Asia bermula huruf I ye tuan2 dan puan2).luar punya la gelak sakan, dalam hati dia siapa yang tahu.haa..Allah SWT je yang tahu tau.tau.tau.mungkin dia sedang bersedih akibat kehilangan kucing tersayang.atau mungkin sedang merindui ayam masak lemak cili padi air tangan ibunya.atau sedang mengenang duit JPA yang lambat lagi nak masuk.haih~ (-_-")


kesimpulannya, bila kita tengah dalam keramaian pun, perasaan sendiri tu boleh datang menjengah.tiba2 je rasa macam dah takde kawan dalam dunia ni dah.tiba2 rasa jauh je dari semua orang.tiba2 rasa semuanya tak kena.kita berusaha la macam2 sebab nak jaga hati semua orang,tapi orang tetap nak marah dan salah2 kan kita. lagi pula dah dekat2 nak exam ni..(tau pun.tak reti nak offline dan study ke siti??*ketuk kepala*).semua orang dah mula fikir hal sendiri.yaa~saya tahu awak nak exam.saya ni tak exam la pulak kan?


bila time2 macam ni, mula la orang nak tarik muka.bibir tu,susah betul nak nampak senyum.mata tu asyik nak menjeling je.sabar ye kawan2.sabar ye siti.sikit je lagi..da half way to degree..sabar2..saya bercakap bukan nak menuding jari.memang benda ni jadi di mana2.yang paling best sekali,saya pun macam tu.tak kata pun saya tak buat kan? haha ;P sesungguhnya,saya lebih mengenal diri saya daripada orang lain.sendiri mau ingat laa..


give a break to yourself


haa..kalau nak bersendiri atas sebab2 macam exam macam ni,saya memang suka.sebab saya jenis tak reti nak study group.memang tak paham la.rasa bengap yang amat macam tenuk pening kena lempang lima kali la kalau buat study group.lihat betapa lampinya saya.hoho.so saya suka belajar sendiri2 time nak exam camni.(sekali lagi,sila offline dan study siti~*piat telinga*) tapi,ramai jugak yang suka belajar sama2.cara masing2 la ye..


tapi kadang2,kita rasa sendiri yang teramat,walaupun kita berteman.walaupun tengah ramai2.rasa macam kena reject dengan semua orang,macam dah takde tempat untuk kita kat situ. kalau la sampai tahap tu sekali, korang kena ingat yang Bumi Allah ni luas..PASTI.MESTI. ada tempat untuk diri kita.and actually "they" who made you feel like you're not worthy,well actually they don't deserve you.tak kisah la as friend ke,as girlfriend/boyfrend ke..waima apa sekalipun..usah dilayan.buang masa je.kita bagi susu, dia balas tuba.kau campak je ular kat dia, biar kena patuk, mati sebab bisa.(AMARAN:ini adalah metafora semata.SILA JANGAN lakukan aksi ini di rumah)


in a nutshell, walau apa definisi sendiri pada pandangan anda,jangan biar hidup anda diselubungi misteri~cehh..apa daa~~misteri pulak.ok2.apa pun.kalau tiba2 rasa sendiri tu..mesti ada rasa sayu.carilah kawan,call la mak,borak dengan adik.cakap la apa pun..insyaAllah hilang.kalau tak hilang,mesti berkurang..tak surut2 jugak..haa..pegila solat taubat..ada la yang kurang tu..hee~~












p/s: #1-aku tak suka sendiri yang buat aku sakit hati dan rasa nak mati =(


yummy!yummy!yummy!

       #2-aku kena beli coklat cadbury ni.exam dah dekat.pressure dah asyik2 jengahkan muka je 





 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket