Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

kapalkawan

Wednesday, December 1, 2010

aku sengaja menulis.aku mahu lepaskan semua.aku tak peduli apa orang nak kata.aku tak peduli apa kau dan mereka nak kata.

kata lah sesuka hati.sebab kau punya mulut,kau punya hati.aku tak berhak untuk menghalang.tapi aku punya hak untuk berdiam diri.tidak mengiyakan atau tidak menafikan.terserah mahu apa saja timbul dalam kotak fikiran kalian.

mungkin lancang mulutku melontar kata,mungkin pedas bicaraku meluka jiwa,mungkin pedih cakapku hingga kau terasa..tapi tak pernah niatku begitu.mungkin itu memang caraku.dan kamu semua tetap kawanku..aku sayang kamu..

tapi kamu semua tak kurang lebatnya..bikin diriku rasa terhina.eh, tak perasan ke?oh mungkin aku yang sendiri terasa?oh tak apa..aku tolak tepi saja.sebab kamu semua kawanku..dan aku sayang kamu..

hari itu,kau senyum..kelmarin,aku sebelah pun tak nampak..semalam,nak jeling pun dah tak sudi..jijik benar aku ni?hingga aku terasa dilayan seperti anjing.dipanggil bila perlu,andai tidak,pandang aku pun kau tak mahu..

itu kisah dulu..kisah bila kau hanya kira titis air matamu,cerita ketika kau bilang butir lelahmu..dan aku?menangis aku,keringat aku?aku tolak semua..ahhh..tak mengapa..mereka kawanku..biarkan..kerana apa saja untuk semua kawanku..kerana aku sayang kamu..

ini kisah sekarang.mungkin kau pernah lihat aku garang.tapi kau belum tengok aku meradang.cukup kutanggung malu.cukup hinamu padaku.rendah benarkah martabatku hingga bebas kau lukai hatiku?

jika yang kau nampak itu salahku,tilik dulu diri setiap antara kamu..setidak-tidaknya,silapku aku tahu..

waktu itu,saat aku dapat tahu,kecewa benar aku dengan sikap setiap kamu.menuding jari tanpa bertanya apa sebabnya.kau faham dia.tapi aku,tak pernah pula kau ambil tahu.kerana aku faham dia,tak pernah aku nak bebankan dia.tak pernah pula aku salahkan dia.

aku juga punya amanah.aku juga punya tanggungjawab.tapi kerana aku bukan orang penting,adakah kerana itu aku dipandang remeh?

ini bukan yang pertama.selama ini kubiar saja.tapi bukan bila yang jadi galang gantinya aku punya maruah..hidupku punya prinsip.egoku tinggi menggunung.takkan aku tunduk andai aku tahu aku tidak bersalah.

aku tak peduli kalau setiap kamu buang aku dari hidupmu.aku tak rugi hilang kawan yang sering sakiti hatiku.cukup dengan desakan hidup yang berbatu-batu.aku tidak mencari kawan untuk menambah pening kepalaku.dan menjadi musuh,itu bukan caraku.

kerana aku tahu tahap baranku.kerana aku tahu segala carutan yang terbuku.kerana aku tahu tak mungkin ada yang bisa menenangkanku,aku pilih untuk membisu.

biar kamu semua benci.biar kamu semua caci maki.tuduh apa saja dalam hati.aku tak peduli.kerana aku dah tak sanggup nak terluka lagi.biar aku hidup seorang diri,kiranya itu buat aku tenang hati,tak apa,aku sudi..

kalau apa yang aku kata kamu tak suka,jangan gelabah,sebab tak ada siapa nak marah.terserah.di sini bukan hakmu untuk membantah.kerana ini aku punya daerah.

0 pssstt:

 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket