Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

andai kau tahu

Wednesday, January 27, 2010

takut..takut apa?takut hilang mereka.tapi kenapa?kerana mereka percaya.percaya siapa?percayakan aku.jadi apa masalahnya?

dalam hidup ni, pernah tak korang rasa tak berdaya?rasa tak mampu, rasa terpaksa? rasa terjerat dan terikat hingga menghambat diri, mengeheret kaki akhirnya membunuh rasa dan melawan hati sendiri.otak berbicara, hati berpuisi,bibir mengungkap kata.tapi yang tersirat masih di situ.berat,mampat,padat dan tumpat. tak terluah resah, tak terlepas beban, tertutup semua pintu kehidupan hanya kerana mata mereka memandang,mulut mereka yang meludah..tapi bukan bahu mereka yang menanggung..

percaya?maaf kurobek kepercayaanmu..yakin?maaf ku paling dari keyakinanmu..sayang? ya,aku tahu itu kerana aku juga punya rasa itu terhadapmu..tapi ampuni aku..aku insan lemah..hambaNya yang masih mencari  kudus sinarNya..andai kau tahu hatiku,teman..andai kau tahu rasaku,sahabat..aku tidak mahu kehilanganmu..

biar dosa itu kugalas..biar khilaf itu kupikul..aku takkan pernah menuding jari hanya untuk melepas diri.tidak sekali.dan bukan kali ini.kerana aku tahu salah itu milik aku.silap itu punya aku.biar aku yang menjunjung beratnya..tapi aku tidak sanggup kehilangan kamu..tahukah kamu akan itu?andai kata demi tali ukhuwah ini harus kusembunyikan hakikat sebenarnya,akan kuteruskan.kerana sesungguhnya aku tidak sanggup kehilanganmu..

bukan niatku menjauh, bukan inginku menghindar..tapi hanya kerana aku gentar kehilangan kamu.takut itu menghukum aku,biar aku jauh darimu,biar aku sendiri di situ.mungkin madahku buat kau bingung,buat kau pusing..tapi hanya ini yang bisa terluah.hanya secebis ini boleh lidahku lontar..


hmm...pnat da ckp bhs puisi nih..aku da lame x berpuitis cani..haih..layan jela kn..tp pe yg aku rase right at dis moment..tu la die..too much secrecy kn?can't leave u guys any clue..nnt ilang la enigma die..haha~it's late already mate aku ni da start nk ptosis da..isk3..spt yg djanjikan,sptutnye ni jd 1st post aku..tp x ksah la nk kire ni 1st post ke x..huhu..yg pntg aku menaip..haha!k la..till cursor clicks at new post button~


p/s: if i betrayed ur trust,r u gonna leave me my FRIENDS???

0 pssstt:

 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket