Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

another 6th day!

Monday, June 6, 2011



happy 2nd anniversary 
my cinta heart!







p/s: you know how much i love you.
there's no need to tell the whole world.
i'll let you know when we are skype-ing later .
then you'll know how much you meant for me ;P

the day after tomorrow

Saturday, June 4, 2011






it's exam season.can't write much.have a great weekend!=)

a letter for Him

Monday, May 30, 2011

i just want to be good at stuff.
you know..
family..love..friends..
sports..fashions..self confidence..
and of course, studies..
i wish i was still smart.
like i used to.
*sad*



dear God..
hold my heart in the midst of disarray
i'm afraid of being alone.again.

O Allah..
hear my cry,listen to my pray..
forgive my shameful sins..
as i wronged my souls,
and forgot my place..

O Lord..
give me the guidance..
shall i be in repentance
i don't want to stray..

All the praises and thanks 
be to You, The Most Gracious, The Most Merciful..

love,
Siti Khadijah Mustapha Kamal.
-xoxo-




ce citain ce citain

Thursday, May 26, 2011

selamat sore!hailoh.akibat udah lama ga pulang ke Malaysia,jadi bloggingnya juga udah kayak anak Indonesia?kangen sama orang tua?ciss kek sangat la tu.snap out of it lola.less than 5 days left nak exam.haa.boleh kira dengan sebelah tangan je tu.wassup la kan nak sedih2.

hari ni tak sedih.cuma terasa hilang sikit.dulu biasa kalau dekat2 nak exam,selalu selisih dengan budak twinning programme dekat kedai fotostat sebab diorang tengah exam.so busy lah mereka nak mencari soalan tahun2 sudah.sekarang diorang semua dah balik.Alhamdulillah..lulus semua,tak ada yang tercicir.yang penting ada 1 minah ni tak tercicir.Mila..=)

Mila Rahman
Mila ni aku mula2 kenal masa main netball dulu.aku jadi GA,dia jadi GS.memang ngam habis la.tak semua orang aku boleh ngam.last person yang memang masuk dengan aku main netball ni,aku jumpa masa sekolah rendah dulu.time kat STF pun aku macam tak dapat nak masuk flow.huhu.mungkin sebab Mila tu sendiri yang pandai nak masuk flow aku kot.huhu.thanks babe.thank you for everything.

yang buat aku tiba2 rindu kat minah ni sebab everytime aku dah dekat2 nak exam,mesti aku jumpa Mila kat kedai fotostat MULAB atau nama panjang kedai tu, Mulia Abadi.mesti selalu nampak dia berkerut2 dahi tengah fikir exam.pastu mengadu takut and susah..huhu..Mila..Mila..*geleng2*

sekarang aku pergi MULAB dah tak ada Mila lagi.kalau ada netball,siapa nak main dengan aku?T_T

eh makcik!kata nak bagi number Malaysia?mana?mana?tak ada pun..aku tahu kau tak baca pun blog aku.biarlah rahsia~ecehh..rahsia2.tak ramai pun tahu blog ni.kalau sesiapa kenal Mila and terjumpa dia kat HUKM ke kat kampus UKM ke,tolong kirim salam ek?hehe..

dah la tu..aku tak patut melagha..ada pathomechanism yang perlu disudahkan.ada soalan yang perlu dijawab.ada broccoli yang perlu dipotong untuk spaghetti esok..bye~

countdown.

Friday, May 20, 2011

final exam lagi sepuluh hari.
stressed.
oh.
there's no indicator for stress.
but there's indicators for anxiety, depression..
yada yada..
and i've got everything of it.
shucks.

the beautiful me

Saturday, May 14, 2011




p/s : too much on mind..final exam is coming.listening to this song somehow helps me to keep holding on.

chicken

Sunday, May 8, 2011


kenapalah aku jadi pengecut gila tadi.haish

beaching..bukan bitc*ing ye..

Friday, May 6, 2011

i don't even care if the word "beaching" does not even exist in webster,oxford,nor urban dictionary.but i'm so in the mood to play beach sand and enjoy the moment being afloat on the water.ergo,me,Adin and a couple of friends will be heading towards Pangandaran beach tonight,hoping that we could reach there just before the sunrise =).

kitorang memang pakat redah je ni..baru la adventure kan..maklumlah,busy memanjang.tambah pulak aku ni adrenaline junkie.terpaksalah layan kerenah aku..huhu.*lepas tu Adin yang penat drive,since he doesn't trust me to drive in this country,just yet..sorry dear ;P*

please pray for our safety back and forth okay?wish you bloggers a nice weekend ahead! ;)


p/s: happy 23rd 6th day my love!

Saya Ibarat Seorang Mualaf

Thursday, April 28, 2011

dulu time zaman muda2 dulu,eceyh..muda la sgt..zaman sekolah la senang cerita..aku suka gila dekat artis macam V.E , too phat, and semestinya Ruffedge ah kan..walaupun org kutuk2,dapat jugak aku tarik 4-5 orang jadi peminat diorang.huhu..anyway..pagi ni,adik aku Azna Ahmad,yang pernah aku cerita pasal dia kat SINI tag aku kat satu link from iluvislam la pasal this guy ni,once a ruffedge member,Amer Munawer.kitorang memang suka ah kat dia *walaupun aku suka Azan Addin lebih* sebab dia paling pemalu sekali dalam group tu,low profile je nak dibandingkan ahli yang lain.(tak tau la sebenarnya dia macam mana kan,tapi in public dia macam tu la..) so, what actually happened to him,i want to share this with you guys.i thank Allah for this amazing news.and i pray for me, myself to have the courage and chance to change for the betterment,like him, insyaAllah..
*****

Satu ketika dahulu, namanya menghiasai pentas dunia seni tanah air. Ligat dan lincah geraknya, seiring kerancakan alunan muzik. Tidak perlu diperkenalkan lagi, dialah salah seorang anggota kumpulan rap yang terkenal.
Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Seboleh-bolehnya, dia mahu lari daripada bayangan kehidupan silam. Dunia lalu mahu ditinggalkan. Membina kebahagiaan dengan cara yang hakiki. Mengenal Rasulullah SAW, mengenal Penciptanya.
"Jujur, setelah hampir tiga tahun menyepi, saya tidak mengambil tahu langsung mengenai apa yang berlaku dalam dunia seni. Malah saya sudah tidak tahu siapakah artis yang paling popular, siapakah yang terkenal dan sebagainya.
"Saya temui damai abadi dengan kehidupan baru. Inilah yang saya cari selama ini. Tiada yang lebih manis daripada mencintai Rasulullah dan Allah". Itulah pengakuan jujur bekas anggota kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff.
Lima tahun bersama kumpulan berkenaan, dia berjaya mendapat pelbagai kejayaan. Malah apa yang diperlukan sememangnya mencukupi. Namun, ada getaran di hati, membuatkannya tertanya-tanya.
"Ya, saya tertanya-tanya selepas ini apa pula? Kejayaan ada, peminat ada, apa yang saya perlukan cukup. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena di hati saya.
"Kemudian saya nekad untuk berhenti daripada dunia muzik. Begitu juga dengan keluar daripada kumpulan. Tarikh 27 September 2007 menjadi tarikh rasmi saya keluar. Ada sidang media yang diadakan bagi mengumumkan keputusan saya," ujarnya.
Setelah itu, dia kemudian memaklumkan kepada ibunya mengenai keputusannya berkenaan. Ternyata, ibunya tidak begitu terkejut dengan keputusan itu. Malah menyatakan sokongan dengan apa sahaja yang dilakukannya.
Menurutnya, ibunya berkata, dia perlu pergi mencari seorang guru untuk belajar mengenai agama. Namun, sempat juga berpesan agar mendapatkan guru yang betul agar tidak terperangkap dengan ajaran terpesong.
"Kemudian, saya menemui seorang ustaz yang menjadi guru saya. Alhamdulillah, beliau banyak membantu saya. Selepas itu, saya dapat rasakan perubahan demi perubahan yang berlaku ke dalam diri. Baru saya sedar, bahawa menuntut ilmu itu penting. Lagi satu, menuntut ilmu juga perlulah berguru," ujarnya.
Titik Perubahan
Menceritakan mengenai detik perubahan dalam dirinya, Amer berkata, semuanya bermula apabila dia diizinkan Allah untuk merenung ke dalam diri sendiri. Bahkan lebih daripada itu, dia cuba meletakkan dirinya dalam mengenal Rasulullah dan Allah.
"Namun saya juga tidak menafikan bahawa saya didatangi beberapa petunjuk termasuk mimpi yang seolah-olah mengajak diri ini untuk berhijrah ke kehidupan baru. Semuanya datang secara tidak dirancang dan saya mula merenungi segala-galanya.
"Kemudian, saya mula mengingati kata-kata ibu yang pernah dilontarkan ketika kanak-kanak dahulu. Ibu menyatakan bahawa kalau boleh dia mahukan saya menjadi sekurang-kurangnya seorang yang mendalami ilmu agama," katanya.
Pengisian selama menyepi
Amer berkata, selama menyepikan diri, dia merasakan seolah-olah tidak lagi mahu kembali ke dalam dunia muzik. Malah mengisi ruang-ruang yang ada itu untuk mengenal kembali diri sendiri di samping menuntut sebanyak ilmu.
Menceritakannya, Amer berkata, setelah mengikuti kelas-kelas pengajian, dia semakin tahu kekurangan diri. Namun, tidak disangka-sangka ilmu yang digali itu membuatkannya semakin mengenalkan dirinya kepada Rasulullah.
"Baru saya sedar bahawa Islam itu indah. Bahkan antara perkara yang membuatkan saya semakin sayangkan kehidupan baru ini adalah perasaan mencintai Rasulullah. Bayangkan, saya bagaikan tersedar bahawa selama ini fitrah kita semua telah diselamatkan oleh seorang manusia yang telah diangkat sebagai kekasih Allah. Dialah Rasulullah. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan ketika ini.
"Saya ibarat seorang muallaf. Seolah-olah saya baru mengenal Islam. Mungkin sebelum ini saya mudah mengucapkan kata-kata seperti Alhamdulillah dan pelbagai alasan lain yang diberikan untuk mengelakkan diri daripada melakukan kewajipan sebagai seorang Muslim. Sedangkan saya tahu tentangnya. Sekarang ini, kefahaman itu semakin mendalam dan keyakinan juga semakin bertambah," ujarnya jujur.
Amer berkata, sepanjang mengikuti kelas pengajian, dia bersyukur kerana ibunya sering memberikan semangat. Namun, sokongan yang paling besar diteriman adalah apabila ibunya sendiri menemaninya ke kelas. Bersama-sama dengannya. Tindakan itu, lebih membuatkannya yakin dengan pilihan yang dilakukan.
Ujian sepanjang perubahan
Benar. Tiada sesiapa yang terlepas daripada ujian. Apatah lagi ketika diri mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan. Ujian sentiasa datang. Namun, keteguhan hati menghadapinya dan kepasrahan kepada Ilahi pasti membibitkan ketenangan serta ketabahan.
"Ada dua ujian yang bertandang. Itu memang saya akui kerana saya sendiri mengalaminya. Namun, berkat kesabaran dan dorongan guru saya, Alhamdulillah, saya sabar untuk menghadapinya.
"Ujian pertama adalah membina kekuatan meninggalkan perkara-perkara yang tidak elok. Yelah, dahulu saya tidak nafikan pelbagai perkara kurang baik yang dilakukan. Jadi, untuk meninggalkan kesemuanya, memang kita akan diuji.
"Ia adalah antara cabaran terbesar saya untuk dihadapi. Bukan mudah untuk seseorang meninggalkan tabiat lama. Namun, Alhamdulillah, Allah memberikan ketenangan kepada saya untuk melaluinya," ujarnya.
Ujian kedua pula kata Amer, adalah perjuangannya untuk mengekalkan momentum melakukan kebaikan yang dipelajarinya. Malah mengakui, bahawa ia tidak begitu mudah untuk melaksanakannya kerana terlalu banyak dugaan yang hadir.
"Selepas mengenali Islam dengan lebih mendalam, baru saya tahu banyak betul tanggungjawab yang perlu saya lakukan. Bayangkan, kopiah yang saya pakai ini pun, hadir bersamanya adalah tanggungjawab. Walaupun kopiah ini asalnya adalah kain biasa sahaja. Tetapi selepas memakainya, ia menjadi satu tanggungjawab lain pula untuk saya laksanakan.
"Istiqamah dalam melakukan ketaatan dan kebaikan juga adalah ujian. Bagaimana untuk anda mengekalkannya merupakan cabaran. Jadi, saya berharap Allah akan sentiasa memudahkan laluan saya untuk berada di atas landasan yang diberikannya ini," katanya lagi.
Reaksi orang ramai
Penyepian dan perubahan yang dilakukannya, kata Amer sudah tentu tidak terlepas daripada menerima reaksi daripada orang ramai. Namun, katanya tiada sebarang reaksi keterlaluan yang diterimanya.
"Mungkin dalam kalangan teman-teman lama, tiada kejutan yang perlu ditakjubkan. Cuma mungkin dalam kalangan media atau pihak-pihak lain, apabila banyak yang berubah tentang diri saya ini," katanya.
Kemunculan semula
Kemunculan semula Amer di persada seni, kini membangkit iklim baru baginya. Namun, dia berkata, keyakinan dan percaya bahawa semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
Katanya, setelah memikirkan bahawa dirinya mahu melupakan terus dunia seni, dia menerima panggilan daripada seorang teman lama untuk melakukan kemunculan semula. Namun dalam versi yang berlainan.
"Saya percaya semuanya punya hikmah tersendiri. Mungkin dahulu Allah telah letakkan diri saya di dalam dunia seni untuk menyampaikan mempelajari sesuatu. Sekarang ini pula, saya muncul dengan mesej yang lain.
"Alhamdulillah saya berjaya mencipta dua buah lagu untuk diterbitkan dalam album single pertama yang berjudul Seluruh Mahabbah. Ia ditujukan kepada puji-pujian kepada Rasulullah dan Allah," katanya.

hopes and dreams

Tuesday, April 26, 2011



i know a lot of people has watched this awesome short movie.though,i feel compelled to post it here.i mean it's pretty awesome how they actually describe the reality of a relationship.it's either happy ending or sad ending.the choice is in your hand.well,neither i will share anything about my current relationship (not that we're having crisis or anything as such,we are practically happy together,thank you), nor about my past relationship(s).yelaa..takkan cerita cinta monyet time aku tadika dulu pun korang nak tau pulak kan. all in all, i salute these people.they have actually managed to touch my heart.and i almost cried watching this video.thumbs up guys!


p/s: what stage are you?in which stage am i? =)
 
◄bukan Greek Goddess. Design by Pocket►