Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

menangis lagi

Thursday, October 21, 2010

kembalikan aku
ke hidupku yang dulu
saat aku gagah melangkah
saat aku tegar menahan asakan dunia
kembalikan aku
ke hidupku yang dulu


tika hatiku luluh diampuh rindu
tika sukmaku menangis sendu
kaki tak henti berlari laju
jauh..jauh dari tikaman kata
kata orang yang hanya mencipta dusta
apa pastikah mereka 
akhir nanti dibalas syurga?


biarkan aku dengan duniaku
tiada yang mencari
tiada yang memanggil
bukan aku tak mahu
tapi kamu yang sembunyi
tapi kamu yang berjauh diri


hina aku 
dosa aku
engkau masih di situ
buat tak tahu


hulur tangan,pimpin daku
tak pernah kau begitu..


ahhh~biarkan mereka dengan dunia mereka..
wahai hati..bersabarlah..
semoga kau kembali kuat untuk kembali ke Rabbi mu..






2.40 petang, Bandung,Indonesia.
Siti Khadijah MK.







0 pssstt:

 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket