adik kesayangan
Friday, January 28, 2011
rindu teramat buat anizatul azna binti ahmad.tak tahulah dia sedar atau tidak kewujudan aku di dunia blog ni.tapi aku sentiasa merindui dia.adik tersayang di STF.jarak usia yang 2 tahun itu memang tak menjadi pendinding antara kami.rapat benar aku dengan dia.sehingga adik angkat aku juga turut terasa cemburu dengan hubungan kami.haha!aneh..tapi aku anggap azna seperti saudara sedarahku.gelak tawa tangis sendu kami bersama.manja benar kami.tak pernah berenggang..hujung minggu berhabis masa dengan borak dan cerita.jalan hidup suka duka dikongsi tanpa rahsia.pernah aku terjatuh,dialah penyuntik harapan.pernah dia tersungkur,aku pula menghulur tangan.dia aku tinggalkan saat melangkah aku keluar dari tanah srikandi itu pada akhir 2005.dia menyusul pada akhir 2007.dia ke sana,di bumi atas angin.dan aku di sini di seberang selat sahaja.sering aku terfikir akan katanya,"kita nak jadi macam kak siti!" tegas aku halang.jangan contohi aku,jadilah yang lebih hebat dari si siti khadijah.banyak kurangnya diri ini.banyak lemahnya susuk ini.haruslah anizatul azna menjadi yang terbaik.perit jerihmu,semua daku mengerti.jangan jadikan kosong yang kau rasa itu sebagai penghambat juangmu di sana.tidak kira sebagai mahasiswa kedoktoran,mahupun sebagai daie kehidupan.aku yakin kau akan berjaya.adikku,kau sentiasa dalam doaku..moga angin sampaikan salam rinduku buatmu..anizatul azna ahmad..
secret passwords
sunshineS.make me happy.=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 pssstt:
Post a Comment