Tentang Kita

Daisypath Anniversary tickers

Saya Ibarat Seorang Mualaf

Thursday, April 28, 2011

dulu time zaman muda2 dulu,eceyh..muda la sgt..zaman sekolah la senang cerita..aku suka gila dekat artis macam V.E , too phat, and semestinya Ruffedge ah kan..walaupun org kutuk2,dapat jugak aku tarik 4-5 orang jadi peminat diorang.huhu..anyway..pagi ni,adik aku Azna Ahmad,yang pernah aku cerita pasal dia kat SINI tag aku kat satu link from iluvislam la pasal this guy ni,once a ruffedge member,Amer Munawer.kitorang memang suka ah kat dia *walaupun aku suka Azan Addin lebih* sebab dia paling pemalu sekali dalam group tu,low profile je nak dibandingkan ahli yang lain.(tak tau la sebenarnya dia macam mana kan,tapi in public dia macam tu la..) so, what actually happened to him,i want to share this with you guys.i thank Allah for this amazing news.and i pray for me, myself to have the courage and chance to change for the betterment,like him, insyaAllah..
*****

Satu ketika dahulu, namanya menghiasai pentas dunia seni tanah air. Ligat dan lincah geraknya, seiring kerancakan alunan muzik. Tidak perlu diperkenalkan lagi, dialah salah seorang anggota kumpulan rap yang terkenal.
Kini, semuanya hanya tinggal kenangan. Seboleh-bolehnya, dia mahu lari daripada bayangan kehidupan silam. Dunia lalu mahu ditinggalkan. Membina kebahagiaan dengan cara yang hakiki. Mengenal Rasulullah SAW, mengenal Penciptanya.
"Jujur, setelah hampir tiga tahun menyepi, saya tidak mengambil tahu langsung mengenai apa yang berlaku dalam dunia seni. Malah saya sudah tidak tahu siapakah artis yang paling popular, siapakah yang terkenal dan sebagainya.
"Saya temui damai abadi dengan kehidupan baru. Inilah yang saya cari selama ini. Tiada yang lebih manis daripada mencintai Rasulullah dan Allah". Itulah pengakuan jujur bekas anggota kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff.
Lima tahun bersama kumpulan berkenaan, dia berjaya mendapat pelbagai kejayaan. Malah apa yang diperlukan sememangnya mencukupi. Namun, ada getaran di hati, membuatkannya tertanya-tanya.
"Ya, saya tertanya-tanya selepas ini apa pula? Kejayaan ada, peminat ada, apa yang saya perlukan cukup. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena di hati saya.
"Kemudian saya nekad untuk berhenti daripada dunia muzik. Begitu juga dengan keluar daripada kumpulan. Tarikh 27 September 2007 menjadi tarikh rasmi saya keluar. Ada sidang media yang diadakan bagi mengumumkan keputusan saya," ujarnya.
Setelah itu, dia kemudian memaklumkan kepada ibunya mengenai keputusannya berkenaan. Ternyata, ibunya tidak begitu terkejut dengan keputusan itu. Malah menyatakan sokongan dengan apa sahaja yang dilakukannya.
Menurutnya, ibunya berkata, dia perlu pergi mencari seorang guru untuk belajar mengenai agama. Namun, sempat juga berpesan agar mendapatkan guru yang betul agar tidak terperangkap dengan ajaran terpesong.
"Kemudian, saya menemui seorang ustaz yang menjadi guru saya. Alhamdulillah, beliau banyak membantu saya. Selepas itu, saya dapat rasakan perubahan demi perubahan yang berlaku ke dalam diri. Baru saya sedar, bahawa menuntut ilmu itu penting. Lagi satu, menuntut ilmu juga perlulah berguru," ujarnya.
Titik Perubahan
Menceritakan mengenai detik perubahan dalam dirinya, Amer berkata, semuanya bermula apabila dia diizinkan Allah untuk merenung ke dalam diri sendiri. Bahkan lebih daripada itu, dia cuba meletakkan dirinya dalam mengenal Rasulullah dan Allah.
"Namun saya juga tidak menafikan bahawa saya didatangi beberapa petunjuk termasuk mimpi yang seolah-olah mengajak diri ini untuk berhijrah ke kehidupan baru. Semuanya datang secara tidak dirancang dan saya mula merenungi segala-galanya.
"Kemudian, saya mula mengingati kata-kata ibu yang pernah dilontarkan ketika kanak-kanak dahulu. Ibu menyatakan bahawa kalau boleh dia mahukan saya menjadi sekurang-kurangnya seorang yang mendalami ilmu agama," katanya.
Pengisian selama menyepi
Amer berkata, selama menyepikan diri, dia merasakan seolah-olah tidak lagi mahu kembali ke dalam dunia muzik. Malah mengisi ruang-ruang yang ada itu untuk mengenal kembali diri sendiri di samping menuntut sebanyak ilmu.
Menceritakannya, Amer berkata, setelah mengikuti kelas-kelas pengajian, dia semakin tahu kekurangan diri. Namun, tidak disangka-sangka ilmu yang digali itu membuatkannya semakin mengenalkan dirinya kepada Rasulullah.
"Baru saya sedar bahawa Islam itu indah. Bahkan antara perkara yang membuatkan saya semakin sayangkan kehidupan baru ini adalah perasaan mencintai Rasulullah. Bayangkan, saya bagaikan tersedar bahawa selama ini fitrah kita semua telah diselamatkan oleh seorang manusia yang telah diangkat sebagai kekasih Allah. Dialah Rasulullah. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan ketika ini.
"Saya ibarat seorang muallaf. Seolah-olah saya baru mengenal Islam. Mungkin sebelum ini saya mudah mengucapkan kata-kata seperti Alhamdulillah dan pelbagai alasan lain yang diberikan untuk mengelakkan diri daripada melakukan kewajipan sebagai seorang Muslim. Sedangkan saya tahu tentangnya. Sekarang ini, kefahaman itu semakin mendalam dan keyakinan juga semakin bertambah," ujarnya jujur.
Amer berkata, sepanjang mengikuti kelas pengajian, dia bersyukur kerana ibunya sering memberikan semangat. Namun, sokongan yang paling besar diteriman adalah apabila ibunya sendiri menemaninya ke kelas. Bersama-sama dengannya. Tindakan itu, lebih membuatkannya yakin dengan pilihan yang dilakukan.
Ujian sepanjang perubahan
Benar. Tiada sesiapa yang terlepas daripada ujian. Apatah lagi ketika diri mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan. Ujian sentiasa datang. Namun, keteguhan hati menghadapinya dan kepasrahan kepada Ilahi pasti membibitkan ketenangan serta ketabahan.
"Ada dua ujian yang bertandang. Itu memang saya akui kerana saya sendiri mengalaminya. Namun, berkat kesabaran dan dorongan guru saya, Alhamdulillah, saya sabar untuk menghadapinya.
"Ujian pertama adalah membina kekuatan meninggalkan perkara-perkara yang tidak elok. Yelah, dahulu saya tidak nafikan pelbagai perkara kurang baik yang dilakukan. Jadi, untuk meninggalkan kesemuanya, memang kita akan diuji.
"Ia adalah antara cabaran terbesar saya untuk dihadapi. Bukan mudah untuk seseorang meninggalkan tabiat lama. Namun, Alhamdulillah, Allah memberikan ketenangan kepada saya untuk melaluinya," ujarnya.
Ujian kedua pula kata Amer, adalah perjuangannya untuk mengekalkan momentum melakukan kebaikan yang dipelajarinya. Malah mengakui, bahawa ia tidak begitu mudah untuk melaksanakannya kerana terlalu banyak dugaan yang hadir.
"Selepas mengenali Islam dengan lebih mendalam, baru saya tahu banyak betul tanggungjawab yang perlu saya lakukan. Bayangkan, kopiah yang saya pakai ini pun, hadir bersamanya adalah tanggungjawab. Walaupun kopiah ini asalnya adalah kain biasa sahaja. Tetapi selepas memakainya, ia menjadi satu tanggungjawab lain pula untuk saya laksanakan.
"Istiqamah dalam melakukan ketaatan dan kebaikan juga adalah ujian. Bagaimana untuk anda mengekalkannya merupakan cabaran. Jadi, saya berharap Allah akan sentiasa memudahkan laluan saya untuk berada di atas landasan yang diberikannya ini," katanya lagi.
Reaksi orang ramai
Penyepian dan perubahan yang dilakukannya, kata Amer sudah tentu tidak terlepas daripada menerima reaksi daripada orang ramai. Namun, katanya tiada sebarang reaksi keterlaluan yang diterimanya.
"Mungkin dalam kalangan teman-teman lama, tiada kejutan yang perlu ditakjubkan. Cuma mungkin dalam kalangan media atau pihak-pihak lain, apabila banyak yang berubah tentang diri saya ini," katanya.
Kemunculan semula
Kemunculan semula Amer di persada seni, kini membangkit iklim baru baginya. Namun, dia berkata, keyakinan dan percaya bahawa semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
Katanya, setelah memikirkan bahawa dirinya mahu melupakan terus dunia seni, dia menerima panggilan daripada seorang teman lama untuk melakukan kemunculan semula. Namun dalam versi yang berlainan.
"Saya percaya semuanya punya hikmah tersendiri. Mungkin dahulu Allah telah letakkan diri saya di dalam dunia seni untuk menyampaikan mempelajari sesuatu. Sekarang ini pula, saya muncul dengan mesej yang lain.
"Alhamdulillah saya berjaya mencipta dua buah lagu untuk diterbitkan dalam album single pertama yang berjudul Seluruh Mahabbah. Ia ditujukan kepada puji-pujian kepada Rasulullah dan Allah," katanya.

hopes and dreams

Tuesday, April 26, 2011



i know a lot of people has watched this awesome short movie.though,i feel compelled to post it here.i mean it's pretty awesome how they actually describe the reality of a relationship.it's either happy ending or sad ending.the choice is in your hand.well,neither i will share anything about my current relationship (not that we're having crisis or anything as such,we are practically happy together,thank you), nor about my past relationship(s).yelaa..takkan cerita cinta monyet time aku tadika dulu pun korang nak tau pulak kan. all in all, i salute these people.they have actually managed to touch my heart.and i almost cried watching this video.thumbs up guys!


p/s: what stage are you?in which stage am i? =)

please excuse my madness

Saturday, April 23, 2011

saya rasa.. 
saya rasa la kan..
ni saya je yang rasa..
yang sebenarnya..
saya comel.
apa kata anda?
;P

nanti2 la..

a lot to share.
a lot to do.
just a lot.
but i'm still tired from yesterday.
will update soon!

moving out moving in..

Tuesday, April 19, 2011

i've made final decision to move into that orange house.i don't think i can get a small house for two in this very short time.ergo,i'm making a decision for me and hajar (thank God,she's not the fussy one.it's me whom very particular and fussy over things like windows and toilet ;P).my reasons/excuses/opinions/whatever you can call them, are:

1-it's nearer to the road (so it's easier to take angkut to class), less sweating!hoyeah~
2-i can see Ngeumong straight from the house.(boleh tengok bola selalu!^_^ )
3-much much much cheaper..(boleh saving untuk kahwin..hehe)

these are the three essential reasons why i want to move into that big orange house though there are only local students who live there..tak apalah..bukan sorang2 pun..dengan hajar..=)

let me love you

Friday, April 15, 2011

"biarkan aku 
menjalin asmara dengannya
yang kucinta..
janganku dihalang
walau pedang bukan penghalang.."

let me love him the way i love him now.let me love him the way i want.let me love him with my all.let me love him from the deepest depth of my heart.let my once broken heart healed from all the vicious scars.let my love wash away all the hurtful pain from my unerased past.let my love make it all disappear.say anything you wish.do everything you please.but you can't take away my love for him.tell me i'm doomed.tell me that life is done.i don't care.as long as he wants me with all his heart.gosh,i love him,God knows how much!

"if it's wrong to love you..
then my heart just won't let me be right..
cause i've drowned in you 
and i won't pull through
without you by my side.."


spring cleaning

Thursday, April 14, 2011

i should really clean up my room.yes.definitely.i hate don't like seeing things in a mess.especially my own place.my sanctum to see Him.stop procrastinating siti khadijah!you won't be able to make it in time.final exam is coming in less than  two months from now.ok people.i might not be around for a little bit.wish me luck.hope i will still be standing through the end to tell more tales to you readers.=)

hidden tears

Wednesday, April 13, 2011


kenapa tak cari saya?
carilah..

sementara saya masih ada..
nanti kalau saya dah tak ada,macam mana?
kalau saya pergi dulu macam mana?

kenapa tak cari saya?
carilah..

menangis..dalam hati

Saturday, April 9, 2011

malam tadi lepas maghrib,dapat sms dari ibu..tok busu dah tak ada.blank sekejap.masa tu aku kat JATOS.tengah kejar2 nak pergi tengok wayang sebab Hajar, Syazana dan yang lain2 tengah tunggu.aku terhenti sekejap.tak pasti nak buat apa.betul2 blank.rasa hilang sekejap.Al-Fatihah buat arwah.semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

sekarang ni tengah pusing kepala sebab cik Vaio kesayangan ni mula nak cari gaduh.nak cipta alasan nak minta putus la tu.jangan..kang aku buat skandal dengan cik AppleMac pulak..tak pun aku bercinta dengan encik MacPro..haa..menangis kang cik Vaio ni..

kalau nak format pun tak boleh sebarang format.hard disk tak beli lagi..tak dapat nak save semua lagu and gambar.aku tak sanggup nak download balik semua tu.buang masa.haish.

menangis je aku..tapi dalam hati..tak mampu nak mengalirkan air mata sebab aku tahu aku ni mesti letih and dehydrated lepas menangis sampai tertidur and kadang2 badan jadi panas.jadi, kenalah kawal emosi.sampai sini sahaja bebelan saya.à toute à l'heure~





p/s: Alhamdulillah selesai UTS..

p.p/s: tok..mintak maaf tak dapat balik..kita akan merindui atok..tenanglah atok di sana.semoga kita berjumpa di Akhirat ye?

buat yang ke-22 kali

Wednesday, April 6, 2011


i wish you a very happy 6th day to you my love..




i really feel we are quite similar with them.
would you be my Edward?
i'll be your Bella forever..








p/s : for those who cannot accept my analogy above,
 please ignore my notion of being twilight characters ;P

p.p/s : i really feel like we share something in common,
at least to a certain extent... :)

kawan baru =)



p/s : a new interesting way to show the beauty of Islam.=)

Ujian Tengah Semester

Saturday, April 2, 2011

MAISEN has just ended. i can feel half of the burden has gone off my shoulder.

now it's time for the real battle for me as the examination is coming up. i did not plan to study at the eleventh hour like this, but as usual, my life doesn't play along with me.

ergo, here i am. unprepared. and i don't plan to give up on myself, either.

guess this is another short post from me.=)

à bientôt!

 
bukan Greek Goddess. Design by Pocket